KAWALAN PENULARAN COVID 19
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Perbandaran Kemaman dan Taman Rekreasi & Zoo Kemaman akan ditutup pada 18 hingga 31 Mac 2020 sejajar dengan Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai kawalan penularan COVID 19.
Sehubungan dengan perkara itu, segala urusan pembayaran, permohonan lesen, aduan, semakan kompaun dan sebagainya boleh dibuat secara atas talian yang boleh diakses melalui laman sesawang rasmi Majlis iaitu http://mpk.terengganu.gov.my
Segala kesulitan amat dikesali.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kemaman