MENU

Aktiviti pemantauan premis perniagaan yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pelesenan MPK, Dr Rosli bin Mohamad melibatkan kakitangan Pelesenan, penguatkuasa, PDRM, PKD Kemaman dan RELA.

Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang operasi bermula 18 Mac adalah meliputi :

1. Pematuhan premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
2. Pematuhan had waktu perniagaan yang dibenarkan.
3. Pelaksanaan pematuhan jarak sosial 1 meter antara individu, pemakaian topeng muka, dan amalan penjagaan kebersihan.

Aktiviti ini akan diteruskan sehingga 14 hb April 2020 dengan penglibatan pelbagai pihak bagi memastikan kejayaan dalam memerangi wabak Covid19.

Majlis memandang serius terhadap pematuhan PKP oleh pelesen dan semua premis perniagaan di daerah Kemaman agar rantaian penularan Covid19 dapat diputuskan dengan jayanya. Justeru itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, En Jusman bin Ibrahim dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun bersama-sama turun padang bagi memastikan arahan PKP dipatuhi dan berjalan lancar selaras dengan pematuhan PKP Fasa 2.

Seluruh penduduk di sarankan dengan tegas agar terus kekal berada di rumah dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Kerjasama semua pihak termasuk peniaga Dan masyarakat amat diperlukan dalam memastikan PKP dipatuhi sepenuhnya dan negara bebas daripada Covid19.

#stayathome
#putuskanrantaiancovid19
#KemamanIdaman