PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 3 DI NEGERI TERENGGANU
Telah berkuatkuasa pada 17 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT) bagi aktiviti sektor pembinaan yang telah mendapat KELULUSAN PELAN BANGUNAN tidak perlu lagi membuat permohonan penyambungan kerja di tapak.
Bagi aktiviti sektor PEMBINAAN yang mencapai kadar VAKSINASI LENGKAP bagi pekerja seperti berikut :
- 80% hingga 100% :
Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja.
- Kurang 80% :
Dibenarkan beroperasi dengan kapasiti sehingga 80% pekerja sahaja.
PERINGATAN!!!
- Pihak PSP perlu bertanggungjawab memastikan pembinaan di tapak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh MKN, KKM dan CIDB.
- Ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu dengan kos ditanggung majikan.
Kebenaran ini diberikan mengikut Pelan Pemulihan Negara-SOP Fasa 3 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan telah berkuatkuasa pada 17 september 2021.
#kitajagakita
#kitapastimenang
#staysafe