MENU

15 Julai 2023 - Yang Berbahagia Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman telah merasmikan Program Kempen Kitar Semula Bersama Komuniti Bandar Baru Kijal (Jualan Pandu Lalu Barangan E-Sisa Dan Kitar Semula.

Pembelian barangan buangan e-sisa dan kitar semula pada program ini telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan rekod terbanyak iaitu seberat 10 tan. Sambutan menggalakkan dari seluruh komuniti Bandar Baru Kijal dan warga Kemaman membuktikan kesedaran memelihara alam sekitar semakin tinggi.

Sempena program ini, MPK turut menganjurkan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika, Pertandingan Bowling Jabatan Kerajaan, Pertandingan Mereka Cipta Barangan Kitar Semula, Pertandingan Jualan Barangan e-Sisa & Kitar Semula Terbanyak. Selain daripada itu, MPK juga menyampaikan penghargaan kepada rakan kolaborasi yang sentiasa menyokong dan menyumbang kepada kejayaan kempen ini kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kemaman, Sabasun Hyperruncit Sdn. Bhd., Kijal WOG Resources Sdn. Bhd. dan Sekolah Kebangsaan Seberang Tayur.

[ke galeri gambar]