MENU
21 Ogos 2023 - Sambutan Hari Inovasi 2023, peringkat Majlis Perbandaran Kemaman.
Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Yang Dipertua ini telah meraikan 35 kakitangan yang telah dinobatkan memberikan perkhidmatan cemerlang bagi tahun nilaian 2022. Selain daripada itu juga, seramai 21 kakitangan telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang bulanan dan14 kakitangan yang setia berkhidmat selama 30 tahun. Majlis ini juga turut meraikan 11 orang pesara di atas segala komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang memegang amanah sebagai penjawat awam di MPK.
 
Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh MPK turut dipamerkan kepada semua kakitangan, antaranya:
 
1. Pingat Emas 3 Bintang - Sistem Smart Clinic (projek inovasi)
2. Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi Tahun 2023-2025
    Peringkat Kebangsaan Anjuran MOTAC
3. Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 – Bandar Baru Kijal
4. Program Bandar Selamat : Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot
 
Tahniah diucapkan kepada semua Warga Kerja MPK atas kecemerlangan anda.