MENU
10 Oktober 2023 - Program Penanaman Pokok Teduhan Dan Gotong-Royong Bersama Komuniti Bandar Baru Kijal. Program yang dihadiri oleh 200 orang ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, institut pengajian dan NGO telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Hafiz bin Adam, ADUN Air Putih.
Sebanyak 50 batang pokok Gelam telah ditanam di sepanjang 10 meter jalan berhampiran Pasar raya HiperRuncit Sabasun, Kijal. Program ini adalah fasa pertama yang berjaya dijalankan di Bandar Baru Kijal dalam usaha MPK untuk melestarikan kawasan rendah karbon ini.