23 Oktober 2023 - Majlis yang diadakan ini sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun dan Yang Berusaha Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim atas segala jasa dan komitmen memacu Majlis Perbandaran Kemaman menggapai kecemerlangan dan kejayaan. Jutaan terima kasih daripada kami seluruh warga kerja MPK dan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya. Kami mendoakan agar tuan sentiasa dalam rahmat Allah SWT dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan di mana saja tuan ditugaskan.
Merah Menyala Si Buah Ceri
Sungguh Cantik Berseri-Seri
Jutaan Terima Kasih Kami Beri
Jasa Budi Tuan Kami Hargai