MENU
PERTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS SEMPENA ULANG TAHUNKE-62 HARI KEPUTERAAN KDY SULTAN TERENGGANU
 
8 Jun- Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kenderaan Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu, pada 7 Jun lalu.
 
Dalam majlis di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, di sini, Daerah Kemaman muncul johan dan membawa pulang hadiah bernilai RM20,000, piala berserta sijil penyertaan.
 
Yang Berbahagia Tuan Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Daerah Kemaman dan Yang Berbahagia Encik Fadli Yusof bin Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman telah menaiki pentas mewakili Daerah Kemaman menerima piala dan sijil penyertaan tersebut.
 
Pada tahun ni Kenderaan Daerah kemaman mempamerkan reka bentuk 5 elemen iaitu Pelantar Minyak simbolik kepada hub oil & gas, konsep simbiosis dengan alam iaitu Santuari Kelip-Kelip Kg Yak Yah dan Zoo Kemaman, Keindahan Pantai Kemaman,Replika penyu yang merupakan lambang kepada pendaratan penyu tertinggi di Terengganu..Tidak lupa juga kita juga diserikan jgk dengan kehadiran Orang Asli Sungai Pergam yang terkenal dengan Tarian Sewang Bariq.
 
Manakala naib johan milik Daerah Besut dan menerima hadiah bernilai RM15,000, piala berserta sijil diikuti tempat ketiga diraih Daerah Kuala Nerus (RM10,000).
 
Di tempat keempat dan kelima diraih masing-masing Kuala Terengganu (RM5,000) dan Dungun (RM4,000), sementara hadiah saguhati pula dimenangi Marang, Hulu Terengganu serta Setiu (RM1,000).
Keberangkatan baginda diiringi KDYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.
 
Menyambut ketibaan baginda, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato' Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja.