MENU

27 Ogos - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2024, peringkat Majlis Perbandaran Kemaman.Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Fadli Yusof bin Zakaria Yang Dipertua ini telah meraikan 37 kakitangan yang telah dinobatkan memberikan perkhidmatan cemerlang bagi tahun nilaian 2023. Selain daripada itu juga, seramai 21 kakitangan telah dianugerahkan cemerlang bulanan dan 14 kakitangan yang setia berkhidmat selama 30 tahun. Majlis ini juga turut meraikan 9 orang pesara di atas segala komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang memegang amanah sebagai penjawat awam di MPK.

Tahniah diucapkan kepada semua Warga Kerja MPK atas kecemerlangan anda.
 
 

[Ke Galeri Gambar]