MENU
17 September, telah berlangsungnya Program Penyerahan Bantuan Bina Baharu Rumah (PBBR) dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKKB) di Kampung Batu 4, Binjai.
Seramai 3 orang penerima yang telah menerima kunci Bantuan Bina Baharu Rumah (PBBR) tersebut yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Fadli Yusof bin Zakaria, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.
Program ini merupakan program yang akan diusahakan secara berterusan pada tahun-tahun seterusnya dalam memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan.
Semoga dengan berkat usaha dari Majlis Perbandaran Kemaman ini dapat meringankan beban sekaligus mempertingkatkan tahap kesejahteraan rakyat dalam memberi keselesaan kepada komuniti.