INISIATIF KELULUSAN PANTAS PB5 & TELCO5 MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
Majlis Perbandaran Kemaman sentiasa komited dalam mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui penambahbaikan proses kerja yang berteraskan tadbir urus berintegriti dan berkesan.
Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kemaman telah melaksanakan inisiatif:
1) PB5
Kelulusan Pelan Bangunan Rumah Sesebuah / Berkembar
Tempoh kelulusan: 5 Hari Bekerja
2) TELCO5
Kelulusan Pelan Bangunan Menara Telekomunikasi
Tempoh kelulusan: 5 Hari Bekerja
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk:
a) Memendekkan tempoh pemprosesan kelulusan pelan bangunan secara sistematik;
b) Meningkatkan kecekapan operasi dan penyampaian perkhidmatan Majlis dan ;
c) Menyokong agenda Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) selaras dengan aspirasi Kerajaan.
Walau bagaimanapun, kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan teknikal, perundangan, garis panduan serta penyerahan dokumen yang lengkap sebagaimana ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Majlis Perbandaran Kemaman yakin bahawa pelaksanaan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada orang awam, pihak industri dan pemegang taruh dalam menyokong pembangunan mampan di daerah Kemaman.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
Jabatan Kawalan Bangunan
Majlis Perbandaran Kemaman









