MENU

MAJLIS PERJUMPAAN YANG DIPERTUA BERSAMA WARGA KERJA MPK & MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN YDP

28 JANUARI 2025 | RABU

Hari ini telah berlangsung satu majlis yang cukup bermakna buat seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kemaman bertempat di Dewan Berlian Utama.

Antara intipati utama majlis termasuklah amanat khas Yang Dipertua menerusi sorotan 'Ikhtisar Tahun 2025', disusuli dengan gimik pelancaran Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) serta Buku Pelan Pembangunan Kemaman Idaman sebagai komitmen memperkasakan tadbir urus perbandaran. Majlis turut menghargai kecemerlangan kakitangan melalui penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan (Ogos - Disember 2025) sebelum diakhiri dengan bingkisan kasih meraikan pertukaran Yang Berbahagia Encik Fadli Yusof bin Zakaria yang telah menerajui MPK dengan penuh dedikasi sejak Oktober 2023.

Seluruh warga kerja MPK mendoakan agar YBhg. Encik Fadli Yusof terus cemerlang di tempat yang baharu. Terima kasih Tuan YDP!

[Ke Galeri Gambar]