MENU

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menghadiri Majlis Penganugerahan Pencapaian Tahap Terbaik dan Cemerlang Bagi Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam Tahun 2025.

Dalam majlis tersebut, MPK telah berjaya menerima Anugerah Pencapaian Tahap Terbaik dan Cemerlang SPAN 2.0 Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti dan berteraskan nilai murni.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, kepada Yang Berusaha Haji Zuwislan bin Awang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

 

[Klik Ke Galeri Gambar]