Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pada 30 Jun 2026.
Delegasi MPK telah diketuai oleh Yang Berusaha, Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua MPK yang turut diiringi oleh YM Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha MPK, serta barisan pengarah jabatan.
Ketibaan delegasi MPK telah disambut oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, bersama pegawai-pegawai kanan PLANMalaysia.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi serta membincangkan beberapa agenda pembangunan yang melibatkan Daerah Kemaman, antaranya penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2040 (Penggantian), pembangunan Bandar Pintar (Smart City), Program Bandar Selamat 2027 dan pembangunan Web Base K-GIS.
Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat terus diperkukuhkan demi merealisasikan perancangan bandar yang mampan, inovatif dan berdaya saing untuk kesejahteraan masyarakat serta kemajuan Daerah Kemaman.







