MENU

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menerima kunjungan penanda aras daripada Majlis Daerah Maran ke Tapak Jualan Lemang Kijal pada 6 Julai 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian berkaitan kaedah pelaksanaan, pengurusan serta kawal selia tapak jualan lemang yang dilaksanakan oleh MPK. Selain itu, delegasi turut diberi penerangan mengenai aspek perancangan lokasi, pelesenan, kemudahan, keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pengurusan tapak jualan yang lebih sistematik dan teratur.

Semoga sesi perkongsian ini dapat mengukuhkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan serta menjadi platform dalam berkongsi amalan terbaik demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

 

[Ke Galeri Gambar]