10 Oktober 2026 - Terpahatnya tarikh pembukaan gelanggang Penyu Pickleball di Mak Chili Kemaman, yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Chukai. Acara ini turut disaksikan oleh Yang Berusaha Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Yang Berbahagia Datuk Haji Ahmad bin Haji Khalid, Penasihat Infinite Flexible PLT, Yang Dihormati Encik Woo Han Sian, Pengasas Infinite Flexible PLT & PENYU Pickle Ball, Yang Dihormati Encik Sim Kon Weu, Pengarah Infinite Flexible.
Gelanggang ini bukan sahaja mencipta ruang kepada gaya hidup sihat malah menyemarakkan semangat kesukanan dan mengeratkan perpaduan komuniti.
Kedudukannya yang strategik, berhampiran dengan stadium mini Mak Chili, berpotensi menjadi pusat riadah pilihan masyarakat.
Yang Berhormat berharap gelanggang yang hebat bukan hanya diukur melalui kualiti kemudahanya, tetapi melalui semangat yang tercipta, bakat yang dilahirkan dan komuniti yang disatukan.







