MENU

10 Oktober 2026

Program melestarikan alam sekitar melalui pengumpulan barangan e-waste , barangan kitar semula, dan minyak masak terpakai yang berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang telah mencatatkan impak yang amat positif.
Program ini telah berjaya mengumpul sebanyak 6.9 tan barangan kitar semula hasil  daripada 142 orang warga Kemaman yang prihatin.

Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada dua syarikat pengumpulan berlesen, iaitu Syarikat Awie Metal Sdn. Bhd. dan Sally Global.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Kemaman dan sekitar atas sokongan padu dalam usaha bersama menjaga dan memelihara alam sekitar kita!

 

[Ke Galeri Gambar]