Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) merupakan persatuan yang menjadi platform kerjasama antara taman zoologi dan akuarium di Malaysia dalam memperkukuh pengurusan zoo, kebajikan hidupan liar, pendidikan serta usaha pemuliharaan haiwan.
Tahun 2026 menjadi satu detik istimewa buat Zoo Kemaman apabila diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi MAZPA kali ke-17! Pemilihan ini membuka ruang untuk menghimpunkan penggiat industri zoo dan akuarium bagi berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran demi kemajuan industri zoo di Malaysia.
Melalui platform ini, kerjasama strategik dapat diperkukuh, amalan terbaik dapat dikongsi dan usaha meningkatkan standard pengurusan zoo serta kesejahteraan hidupan liar dapat terus diperkasakan.
Bagi Zoo Kemaman, peluang ini turut menjadi pemangkin untuk memperluas jaringan profesional dan memperkukuh peranan zoo sebagai pusat pendidikan, rekreasi, pelancongan serta pemuliharaan hidupan liar.
Bersama memperkasa industri zoo, memelihara khazanah hidupan liar dan membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang!
Selamat datang ke Zoo Kemaman, destinasi edutourism pilihan Pantai Timur!
#MAZPA2026 #ZooKemaman #KonservasiHidupanLiar #PendidikanAlamSemulaJadi #Edutourism #KelestarianHidupanLiar







