MENU

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) memaklumkan bahawa permohonan permit bagi aktiviti jualan mercun dan bunga api sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri kini dibuka secara dalam talian.

Tempoh Permohonan :

Perayaan Tahun Baru Cina

1 November 2026 hingga 12 Disember 2026

Perayaan Hari Raya Aidilfitri

1 Disember 2026 hingga 13 Januari 2027

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap melalui pautan berikut:

https://elesen.mpkemaman.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Kemaman di talian 09-8597777.

Orang ramai yang berminat adalah disarankan untuk membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPK.

 

lesen