MENU

Petikan dari Berita Terengganu Times

11174227_849857878441680_2128895577974300303_o

Daerah kemaman mencipta kenangan manis semalam apabila berjaya mejuarai pertandingan Kenderaan Berhias 2015 mengalahkan 13 kenderaan berhias lain dari seluruh daerah negeri Terengganu dan membawa pulang hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM20,000 beserta sijil.

Sesuai dengan daerah Kemaman yang terkenal dengan sektor perindustrian, kenderaan berhias daerah Kemaman ini menampilkan rekaan yang berkonsepkan industri berat di samping perhiasan bunga sebagai lambang budaya dan alam semulajadi.

Ketua pasukan Kemaman yang juga yang DiPertua Majlis Daerah Kemaman, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, kejayaan ini merupakan hasil dari sokongan 20 kakitangan terlibat yang bertungkus lumus selama empat hari selain membelanjakan RM40,000 untuk menyiapkan konsep yang digariskan pihak penganjur.

11169721_849857998441668_8890651073214970568_o

Tempat kedua pula dimenanangi oleh daerah Dungun dengan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 yang menampilkan konsep replika nostalgia pintu gerbang Istana Maziah dengan menggabungkan reka bentuk istana baharu iaitu Istana Syarqiyyah yang menjadi mercu tanda kebanggan rakyat jelata negeri Terengganu.

11054873_879541682092546_8628032952294203210_n

Manakala daerah Setiu yang menampilkan replika kuda bagi menggambarkan Setiu sebagai venue utama perlumbaan kuda bertaraf dunia berjaya meletakkan kenderaan berhias mereka di tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sijil.

11220723_849860285108106_6978264374417430687_o

Pertandingan kenderaan berhias 2015 yang diadakan di Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-53 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian pertandingan serta menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan.

Turut berkenan berangkat Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.