MENU

17 Julai 2016 : Taman Rekreasi & Zoo Kemaman telah mengadakan sambutan Aidilfitri pada 17 Julai 2016 lalu. Sambutan amat menggalakan berikutan bayaran masuk adalah percuma. Kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Ahli Majlis serta pegawai-pegawai MPK memeriahkan lagi majlis pada masa itu. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan terima kasih kepada pengunjung yang dikasihi.