25 Okt 2016 : Majlis Perbandaran Kemaman dengan kerjasama agensi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan telah menganjurkan Program Membaikpulih Terminal Bas Express Geliga Kemaman di bawah Program Local Agenda 21 bertempat di Dataran Terminal Bas Ekspress Geliga. Program tersebut dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Johan bin Ibrahim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman. Turut dihadiri ahli-ahli majlis, pegawai-pegawai serta kakitangan Majlis Perbandaran Kemaman.