MENU
24 Julai 2023 - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Mesyuarat Libat Urus Dan Kick-Off Pelaksanaan Gerai MADANI di Putrajaya. Mesyuarat ini turut melibatkan agensi-agensi kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan. Sesi libat urus ini dijalankan bagi memurnikan garis panduan dan mempercepatkan proses pelaksanaan Gerai MADANI. Penambahbaikan medan selera ini bertujuan memberikan keselesaan kepada rakyat dengan suasana yang lebih bersih dan indah.
 
Pihak Majlis Perbandaran Kemaman ingin mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana telah berjaya melaksanakan projek rintis iaitu menambah baik medan selera di Pusat Penjaja Jalan Tun Abdul Rahman (TAR).
 
Yang Berbahagia Datuk M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menyampaikan surat kelulusan pelaksanaan Gerai MADANI kepada 30 PBT seluruh negara termasuk Majlis Perbandaran Kemaman.