MENU
 
Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2035 ini disediakan berdasarkan peruntukan subseksyen 16(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Terengganu (No. 122 dalam Jilid 74 No. 4 ) bertarikh 18 Februari 2021 bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2003-2015 dan Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2011-2020 (Pengubahan).
 
Pihak yang berminat untuk mendapatkan salinan Rancangan Tempatan Daerah Kemaman 2035 boleh membuat pembelian CD dokumen ini dengan harga RM70.00 sahaja di Jabatan Perancangan Pembangunan, Tingkat 4, Majlis Perbandaran Kemaman.