MENU

Permohonan Lesen Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK

1. Semua Permohonan lesen tred, perniagaan dan perindustrian akan melibatkan beberapa jenis borang mengikut jenis aktiviti yang dipohon.

2. Borang permohonan asal sahaja yang diterima dan proses oleh jabatan ini.

3. Borang boleh didapati dari Kaunter Bersepadu (No 4 & No. 5), Bahagian Pelesenan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu dengan bayaran RM5.00 per borang.

4. Borang permohonan lesen premis dan papan iklan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan berserta dokumen-dokumen berikut :-

 Bil.

Dokumen

1.

Salinan kad Pengenalan

2.

Gambar berukuran passport (2keping)

3.

Salinan Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (SSM/MAA)

4.

Salinan Dokumen Perjanjian Sewa Premis/ surat kebenaran/geran tanah yang disahkan/salinan dan surat kebenaran menggunakan kenderaan

5.

Pelan Lokasi Premis -  boleh didapati di Tingkat 4, Jab Perancang Bandar MPK

6.

Gambar lokasi tapak dari pandangan hadapan, tepi dan dalam premis / kenderaan (bagi penjaja bergerak guna kenderaan)

7.

Salinan pelan lantai premis berserta ukuran

8.

Salinan lakaran/ visual papan iklan (jika hendak mempamer papan iklan)

 

Surat sokongan Jabatan:

a.        Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman

b.        Balai bomba & Penyelamat Chukai

c.        Jabatan Alam SEkitar (jika berkaitan)

 Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

 

1.     Menghantar borang permohonan ke kaunter yang sama.

2.    Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan.

3.     Proses kelulusan bergantung kepada persekitaran, status tapak dan laporan teknikal.

4.    Pemilihan juga adalah berdasarkan kepada kriteria atau kelayakan yang ditetapkan oleh Majlis.

5.     Semua permohonan akan diproses berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan melalui Jawatan Kuasa Pelesenan & Penguatkuasaan pada setiap bulan.

6.     Keputusan permohonan akan di maklumkan melalui surat dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.