Latar Belakang | |
Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih ditubuhkan pada tahun 1987 di Lot 42, Bandar Baru Seri Kertih dan kini berpindah di tingkat satu, Bangunan MPK. Pembukaan pejabat Cawangan Kertih ini adalah bertujuan memberi kemudahan dan perkhidmatan yang memuaskan terutama dari segi kebersihan, kemudahan kaunter pembayaran kepada masyarat setempat di Kertih, Kemasik dan seluruh daerah Kemaman. Keluasan kawasan Kertih adalah 254.054 KM persegi dan Kemasik adalah 65.098 KM persegi yang merupakan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kemaman. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih adalah seperti berikut :-
|
|
Objektif Jabatan | |
|
|
Objektif Unit / Bahagian | |
Objektif Unit Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih adalah seperti berikut :
|
|
Aktiviti-Aktiviti / Fungsi Bahagian | |
Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih mempunyai lima (5) unit-unit kecil. Unit-unit tersebut adalah seperti berikut : 1.Unit PentadbiranUnit pentadbiran ini bertanggungjawab bagi mengendalikan pentadbiran di pejabat cawangan berjalan dengan baik dan memuaskan. Antara tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran adalah berkaitan dengan surat menyurat, membuat laporan, merekod cuti kakitangan, mengatur program sewaan dewan-dewan sivik, sewaan bangunan/gerai dan juga lain-lain urusan perkhidmaan Majlis. 2.Unit Hasil/KaunterUnit ini bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan dengan punca atau hasil masuk ke Majlis. Oleh kerana unit ini merupakan terpenting, maka wajarlah di unit ini memainkan peranan penting bagi menambahkan punca pendapatan/hasil majlis. Bagi menambahkan hasil kepada Majlis, Unit ini hendaklah menerimapakai Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (KPKA 10/91) iaitu peningkatan kualiti perkhidmatan di kaunter. Unit ini juga memberikan perkhidmatan yang cepat dan memuaskan kepada penduduk setempat membuat pembayaran berkaitan dengan sewa, pelbagai sewaan, cukai taksiran, lesen permit dan lain-lain bayaran perkhidmatan. Perkhidmatan kaunter/hasil yang berkualiti adalah perkhidmatan kaunter yang boleh bertindakbalas mengikut keperluan pelanggan yang sentiasa berubah citarasa dan keperluan. Perkhidmatan kaunter/hasil dapat merupakan hubungan di antara organisasi dan orang awam serta dapat meningkatkan imej organisasi. 3.Unit PelesenanUnit Pelesenan bertanggungjawab bagi memastikan semua premis yang terdapat di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih sama ada premis makanan atau bukan makanan yang beroperasi dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Majlis dengan menjalankan kerja-kerja seperti berikut :- a. Mengawal dan melesenkan premis perniagaan 4.Unit KebersihanUnit kebersihan lebih dikenali lagi dengan Unit Perkhidmatan Bandar. Unit ini bertanggungjawab dalam segala urusan perkhidmatan pembersihan termasuk sampah, memotong rumput, membersih longkang/parit menyapu serta kerja-kerja berkaitan kebersihan seperti menerima aduan, gotong royong dan lain-lain lagi. Unit ini juga memberi tumpuan kebersihan di tempat-tempat kemudahan awam seperti di padang-padang bola, kawasan dewan sivik, balairaya dan juga di pasar. Ini lebih mencerminkan lagi mutu perkhidmatan yang telah diberi. Bagi menyelenggara dan mengawal pembuangan sampah, Majlis ada menyediakan kemudahan tempat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Kemaman Cawangan Kertih yang mana kawasan ini diselenggara oleh Pekerja Rendah Awam/Pekerja Kontrak bagi memastikan keadaan sampah dibuang dengan teratur. Bagi memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada penduduk, kerja-kerja pembersihan termasuk memungut sampah bermula bulan Mac 1993 lagi. Manakala bagi kawasan Perumahan Petronas dan Pejabat serta Taman-taman Perumahan , kerja-kerja kontrak mengangkut sampah telah bermula semenjaK tahun 1990 lagi.
5.Unit Taman dan RekreasiUnit ini memberi tumpuan kepada penyelenggaraan tapak semaian bagi memastikan anak-anak pokok bunga agar sentiasa baik dan membaja termasuklah menyemai anak-anak pokok bunga untuk di tanam di kawasan yang agak sesuai. Unit ini juga memberi perhatian kepada kecantikan dan juga keindahan langksap, penyelengaraan pokok-pokok teduhan dan juga pokok-pokok bunga di sepanjang jalan Kertih, Kemasik dan di kawasan jalan utama Bandar Baru, Kuala Kertih, Pantai Kemasik, Taman ESSO, Perumahan Petronas dan juga diu kawasan seluruh Majlis Perbandaran Kemaman amnya, harus dititik beratkan kearah kecantikan dan keindahan bandar terletak di atas landskap yang cantik di samping penyusunan bandar atau bangunan-bangunan yang strategik Piagam Pelanggan
|
|
Carta Organisasi | Alamat Jabatan |
|
Pejabat Cawangan Kertih No Telefon : 09-8261427 | No Faks : 09- 8261830 |
- Home
- MPK
- Citizens
- Businesses
- Visitors