MENU
24 Oktober 2023 - Pihak PLANMalaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman telah mengadakan Bengkel Sesi Libat Urus (Focus Group Discussing) Bersama Wakil Penduduk Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), kali ke-3/2023 bagi penyediaan kajian Pelan Tindakan Bandar Pintar 2023.
Tujuan sesi ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan komponen-komponen Bandar Pintar dan peluang penglibatan warga Kemaman dalam penyediaan pelan tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.