13- 15 Mac 2018 : Satu Bengkel Pengendalian Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan Kreatif Perkhidmatan Awam MPK telah diadakan selama tiga (3) hari bertempat di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi maklumat terkini berkenaan dengan kriteria baru KIK serta halatuju MPK untuk memantapkan lagi Kumpulan Inovasi dan Kreatif Majlis Perbandaran Kemaman.
Penceramah iaitu En. Mohd Zabidi Bin Ahmad dari Intan Kampus Wilayah Timur (INTIM) dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut.