MENU

Sila tekan kanan tetikus anda jika ingin memuat turun logo ini.

Simplikasi daripada gabungan atau genggaman dari semua aspek melahirkan satu situasi yang dinamik membentuk struktur kekuatan, berwibawa mencerminkan matlamat Majlis Perbandaran Kemaman. Selaras dengan tujuan dan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu dan rakyat khususnya.

Olahan objek memberikan satu kesan yang positif dalam membangunkan sebuah bandar yang indah di samping merealisasikan kecantikan dan pembentukan unsur-unsur yang padu dengan gabungan persekitaran flora, penduduk perindustrian dan ekonomi.

Penggunaan Huruf Jawi "Tuluth" di mana ianya diadaptasikan dari lambang Negeri Terengganu secara langsung mencerminkan kelembutan, kukuh serta keunikan Bandar Chukai, daerah Kemaman. Disusuli dengan perkataan Majlis Perbandaran Kemaman membawa maksud gabungan generasi yang peka terhadap dan penerimaan struktur geografi alam alaf baru.

KETERANGAN WARNA

Warna
Keterangan Warna
Putih
Melambangkan kebersihan dan kekuatan.
Kuning
Perindustrian dan sumber ekonomi masyarakat
Hijau
Mencerminkan alam flora dan keindahan Bandar Kemaman
Biru
Situasi yang damai dan ceria
Kelabu
Pelaksanaan industri yang terkawal dan berkembang pesat
Hitam
Kawalan yang maksimun terhadap alam, yang mana melambangkan kekuatan dan di lindungi.