Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurniaNya kita sama-sama dapat menikmati hidup yang sejahtera di bumi yang bertuah Kemaman yang amat kaya dengan sumber-sumber alamnya.
Sesungguhnya, sebagai kerajaan ketiga yang telah diberi amanah bagi mentadbir dan menguruskan Daerah Kemaman, kami amat komited dalam mencapai matlamat dan impian Daerah Kemaman. Majlis Perbandaran Kemaman akan terus memastikan dan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan Daerah Kemaman sebuah daerah yang maju dan selamat diduduki.
Bagi memenuhi hasrat penduduk Daerah Kemaman yang ingin melihat Kemaman terus maju dan menjadi daerah ke dua mendapat status bandaraya. Pihak kami akan terus meningkatkan sistem penyampaian (delivery system), teknologi maklumat, kemudahan masyarakat, pembangunan ekonomi, peningkatan taraf hidup, dan juga dari segi aspek kerohanian.
Laman web yang dibangunkan ini akan membolehkan rakyat mengenali dengan lebih dekat fungsi-fungsi serta peranan MPK kepada rakyat setempat. Selain itu, dengan adanya laman web ini ianya akan membolehkan masyarakat memberi sumbangan idea dan buah fikiran bagi memajukan lagi Majlis Perbandaran Kemaman.
Wassalam
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kemaman