MENU
Profil

Bahagian Letak Kereta (BLK), Majlis Perbandaran Kemaman telah ditubuhkan pada 1 Februari 1992 yang kini bertempat di Lot 26, Tingkat 1, Bangunan Wisma Serangkai, Jalan Sulaimani, 24000 Kemaman, Terengganu. Matlamat penubuhan Tempat Letak Kereta bagi memastikan perkhidmatan tempat letak kereta disediakan secara tersusun dan lebih sistematik selaras dengan kehendak pelanggan pada masa kini.

Pada masa kini, Majlis Perbandaran Kemaman telah melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta berkupon mulai 15 April 2016, bagi menggantikan Sistem Tempat Letak Kereta bermeter. Bahagian ini menggunapakai Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta)(Majlis Perbandaran Kemaman) 2012 yang berkuatkuasa pada  10 Mei 2012.

Objektif
  • Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Chukai tersusun dan memenuhi kehendak & keperluan pelanggan
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penggunaan tempat letak kereta yang sistematik.
  • Berusaha merealisasikan sifar aduan.
Fungsi
  • Mewujudkan persekitaran Bandar Chukai yang terancang melalui perkhidmatan tempat letak kereta yang sistematik, cekap dan efektif;
  • Memastikan penyelenggaraan tempat letak kereta dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta di dalam keadaan baik sepanjang masa;
  • Menyediakan tempat letak kereta yang baik, selesa dan mencukupi;
  • Memastikan kutipan hasil letak kereta adalah teratur dan diuruskan dengan baik;
  • Mengawal dan menguruskan permohonan sewa petak letak kereta di kawasan pentadbiran Majlis;
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kakitangan yang mesra, cekap dan terlatih.
Piagam Pelanggan
  • Memastikan 80% petak letak kereta diselenggara dengan baik dan sempurna
Kemudahan Yang Disediakan

Majlis Perbandaran Kemaman telah menyediakan sebanyak 3577 petak letak kereta bagi kemudahan pelanggan. Kemudahan letak kereta yang disediakan adalah seperti berikut :-

  • Tempat Letak Kereta Berkupon                           3407 petak
  • Tempat Letak Kereta bertingkat KCP                    170petak

JUMLAH KESELURUHAN PETAK   :           3577 petak