- Operasi Sita pegangan dijalankan ke atas pemilik yang gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran MPKemaman selepas notis E dihantar kepada pemilik untuk tempoh 15 hari.
- Anda boleh mengelakkan harta anda disita dengan mengambil tindakan berikut:
- Membuat bayaran tunggakan cukai taksiran dalam tempoh notis E atau sebelum notis E diterima.
- Pemilik bangunan di Daerah Kemaman hendaklah menyemak di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKemaman penama bagi bil cukai taksiran dan alamat surat menyurat dikemaskini,terutamanya jika berlaku pindahmilik (jualbeli) bangunan.
- Jika berlaku pindahmilik bangunan,pembeli atau penjual hendaklah memberi notis kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKemaman mengenai pindahmilik tersebut dengan mengisi borang I.
- Jika gagal member notis kepada mengenai pindahmilik tersebut,anda boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
- Kemudahan Membuat Bayaran Bil Cukai Taksiran
- Kaunter MPK
- Mesin Kiosk MPK
- Bayaran Secara Online
- Kaunter Bank
- Pejabat Pos
- Kaunter Bas Bergerak MPK