Perkhidmatan Kaunter
Majlis Perbandaran Kemaman menyediakan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan bagi semua urusan pembayaran yang melibatkan bayaran cukai harta, lesen, sewa, kompaun dan lain-lain bayaran berkaitan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kemaman.
Kaunter Bersepadu terletak di Tingkat 1, Majlis Perbandaran Kemaman
Berikut adalah waktu operasi kaunter bayaran :
| HARI | WAKTU URUSAN |
| Ahad Hingga Rabu | 8.00 pagi – 4.30 petang |
| Khamis | 8.00 pagi – 3.00 petang |
| Jumaat & Sabtu | Cuti |
Kios Bayaran
Sebagai kemudahan kepada pelanggan, bayaran cukai harta dan kompaun juga boleh dibuat melalui kios bayaran yang terletak di lokasi berikut:
-
Kiosk Berpusat, Hadapan Pejabat Majlis Perbandaran Kemaman
E-bayaran
Pembayaran juga boleh dibuat secara on-line melalui laman web berikut:-
-
PBTPay (Muat turun di Google Play dan Apps Store)
-
Bayaran Cukai Taksiran melalui Jompay (biller code : 9159)
-
Bayaran Kompaun melalui Jompay (biller code : 768234)







