MENU

repsol          mpk       la21

 

30 OKTOBER 2019 – Repsol Oil & Gas Malaysia Limited telah berkolaborasi dengan Majlis Perbandaran Kemaman menjalankan Program Penanaman Pokok Bakau di Sungai Yak Yah. Sebanyak 100 anak pokok Bakau Kurap (Rhizopora Mucronata) sumbangan Repsol telah berjaya ditanam oleh lebih 80 orang kakitangan kedua-dua pihak ini.

Sungai Yak Yah yang dilitupi dengan pokok bakau, beremban dan nipah merupakan habitat dan populasi kunang-kunang terbesar di daerah Kemaman dan amat berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancongan. Namun begitu, habitat ini terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda daerah Kemaman pada tahun 2013. Selain daripada itu,sebahagian tumbuhan semulajadi ini yang tumbuh melata sepanjang tebing sungai terpaksa dikorbankan rentetan projek pendalaman sungai tersebut sebagai tambatan banjir.

Program-program kolaborasi seperti ini amat diharapkan dan langkah proaktif Majlis Perbandaran Kemaman mewartakan kawasan sepanjang Sungai Yak Yah dilihat sebagai satu inisiatif untuk memulihara dan memelihara khazah alam yang unik dan istimewa ini untuk kesinambungan generasi sekarang dan akan datang.

 

[Ke Galeri Gambar]