18 Julai 2023 - Majlis Penyerahan Projek Dewan Terbuka KEMAMAN ARENA SQUARE telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini menyaksikan pemeteraian penyerahan Perakuan Serahan Kerja Pembinaan Kemaman Arena Square kepada Majlis Perbandaran Kemaman di antara Yang Berbahagia Haji Abdul Khahar bin Haji Abdul Latif, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu dan Yang Berbahagia Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.