31 OGOS : Tahniah buat pasukan Perbarisan Majlis Perbandaran Kemaman Naib Johan Bagi Kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform (Bertanding) Peringkat Negeri Terengganu.
Menerusi acara perbarisan, MPK telah berjaya merangkul Naib Johan dan membawa pulang wang tunai RM4,000.00. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen MPK. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Dato' Menteri Besar kepada Yang Berusaha, Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.