MENU
17 Oktober 2023 - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menerima pengiktirafan Pihak Berkuasa Tempatan Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2022 bagi kategori Kempen Pencegahan Denggi Lokaliti Bukan 'Hot Spot' Dan Kempen Pembasmian Tikus.
 
Anugerah yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan ini telah diterima oleh Yang Berusaha Puan Nor Sophia Azura binti Mohd Husin, Setiausaha MPK. ,Yang Berhormat Tuan Ngan Kor Ming di PICC Putrajaya.
 
Majlis yang diadakan di PICC Putrajaya ini turut dihadiri oleh Encik Zulkifli bin Tahar, Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar serta beberapa pegawai MPK yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kempen tersebut.