MESYUARAT AMMKN DAN LAWATAN KERJA DI KEMAMAN
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu telah berlangsung pada 4 September 2024 di Bilik Seri Intan, Majlis Perbandaran Kemaman.
Mesyuarat mingguan tersebut telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan barisan EXCO Negeri Terengganu serta YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Selain itu, satu Taklimat ringkas berkenaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut diberikan kepada rombongan oleh YBrs. Puan Nor Sophia Azura Mohd Husin, Setiausaha MPK, seusai mesyuarat tersebut dan mereka dibawa melawat tapak ECRL Kemaman diikuti pembentangan "Transit-Oriented Development (TOD) ECRL" oleh pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL).