MENU

26 JANUARI 2026 | ISNIN

LAWATAN BERMAKLUMAT KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mengadakan Lawatan Bermaklumat ke Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Kedah. Delegasi MPK telah diketuai oleh Puan Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman.

Ketibaan delegasi MPK telah disambut oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim, bersama pihak pengurusan tertinggi MPKK.

Sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Permit Pembinaan Ekspres (E10) yang diintegrasikan dengan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses kelulusan pelan pembangunan telah disampaikan oleh TPr. Mohammad Fadhlan bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses kelulusan pelan pembangunan demi kemudahan dan kecekapan perkhidmatan.

Lawatan turut diteruskan ke Bilik Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi melihat keupayaan teknologi pengurusan dalam mempercepatkan proses kelulusan kebenaran merancang serta pengurusan CCTV. Lawatan ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.

Diharapkan perkongsian ilmu dan kerjasama dua hala ini dapat memperkukuh hubungan antara MPK dan MPKK serta memberi manfaat dalam usaha membangunkan bandar yang lebih mampan, inovatif dan berdaya saing.

Kredit foto:

Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam

Majlis Perbandaran Kulim

 

[Ke Galeri Gambar]