Sekitar suasana Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Terengganu (Daerah Kemaman & Dungun) yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini.
Majlis telah dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dengan diiringi Yang Mulia Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman. Turut hadir sama ialah Yang Dihormati, Puan Noor Salfarina Jamaludin, Pengarah MPC Terengganu.
Program kolaborasi bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan langkah strategik dalam mendedahkan syarikat industri tempatan kepada Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035, sekali gus memacu lonjakan ekonomi dan kemahiran bakat di daerah ini.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memberikan komitmen tinggi sepanjang program berlangsung!







