MENU

30 JUN 2026 | SELASA

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mengadakan Majlis Perasmian Chukai Smart Park yang telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Dato' Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu merangkap ADUN Kawasan Chukai bertempat di Kemaman Arena Square.

Turut hadir sama ialah Yang Berhormat Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu merangkap ADUN Kawasan Kemasik serta Yang Berusaha, Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.

Chukai Smart Park merupakan salah satu inisiatif MPK dalam merealisasikan aspirasi Kemaman Bandar Pintar 2030 melalui penyediaan kemudahan rekreasi yang lebih moden, selamat dan mesra pengguna.

Taman ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berteraskan teknologi pintar seperti Smart Toilet, Smart Compound Light, Mosquito Lamp, Wireless USB Charging Point dan Panic Button, selain laluan lampu LED pintar berkonsepkan motion sensor yang memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung.

Majlis ini mencerminkan komitmen MPK dalam memperkasakan agenda bandar pintar serta menyediakan kemudahan awam yang berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat.

[Ke Galeri Gambar]