9 Januari 2018: Satu Bengkel Penyediaan Dokumen Kontrak Penyelenggaraan dan Pembaikian Kecil Sistem CCTV dan Lawatan Ke Bilik Kawalan CCTV telah diadakan pada 9 dan 10 Januari 2018 bertempat di Bilik Seri Nilam, Majlis Perbandaran Kemaman.
Bengkel tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menjadi tuan rumah bagi bengkel tersebut. Bengkel tersebut dihadiri oleh wakil dari Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut, Majlis Daerah Setiu, Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.