MENU

Cara-Cara Untuk Mengelak Denda

  • Denda lewat akan dikenakan selepas bulan Mac dan bulan September [ Seksyen 147(1)] , Sila bawa bersama bil semasa membuat bayaran.
  • Denda Lewat Cukai Taksiran
    • Denda RM100.00 ke bawah - RM1.00
    • Lebih daripada RM100.00 tapi tidak melebihi RM200.00 - RM2.00
    • Lebih daripada RM200.00 tapi tidak melebihi RM400.00 - RM3.00
    • Lebih daripada RM400.00 tapi tidak melebihi RM600.00 - RM5.00
    • Selepas itu bagi setiap RM100.00 ataupun sebahagian daripadanya - RM2.00
  • Bayaran bagi Waran Tahanan sebanyak 15% dari jumlah tunggakan atau jumlah kos tahanan sebenar yang mana lebih tinggi akan dikenakan kepada pemilik pegangan atau penyewa yang diambil tindakan mengikut Seksyen 148.
  • Seseorang Penyewa boleh melindungi kepunyaan-kepunyaan sendiri dengan mengemukakan bil kepada pemilik untuk bayaran segera.Kegagalan untuk membayar hasil oleh pemilik akan mengakibatkan perampasan kepunyaan-kepunyaan penyewa sendiri [Seksyen 148(1)]
  • Seseorang Penyewa boleh melindungi lagi kepentingannya sendiri dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan.Sebarang sewa yang dibayar kepada Majlis oleh penyewa boleh dipotong dari bayaran-bayaran sewa selepas saja daripada itu dan berikutnya kepada pemilik pegangan itu [Seksyen 151(6)]
  • Semak dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan cukai hasil rumah / tanah sebelum membeli rumah atau sebidang tanah.
  • Beritahu Majlis secara bertulis JIKA :
    • Tuan/Puan baru sahaja membeli/menjual/mewarisi sesuatu harta.Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan penalti dibawah Seksyen 160(6) ;
    • Rumah tuan/puan adalah kosong (premis-premis untuk tujuan penyewa sahaja ;
    • Rumah tuan/puan dirobohkan ;
    • Rumah tuan/puan diubah ke tapak lain ;
    • Rumah tuan/puan dimusnahkan oleh kebakaran,angin ribut atau sebab-sebab lain.
  • Bayaran boleh dibuat di :
    • Kaunter Bersepadu,Tingkat 1 MPKemaman (tunai,cek,wang pos.kad kredit)
    • Kaunter Bayaran,Tingkat 1,Casa Limbong (tunai,cek)
    • Kaunter Hasil,Pejabat Cawangan Kertih (tunai,cek,wang pos)
    • Agen kutipan BIMB (Kaunter,ATM,Internet Banking,SMS)
    • Bayaran Cukai Taksiran melalui KIOSK-EMBPS (24 jam) , Lokasi : Kiosk Berpusat, Majlis Perbandaran Kemaman ( Luar Pagar)   
    • Maybank2u
    • Melalui Sistem PBTPay
    • CIMB Clicks
  • Resit-resit yang bercetak tanda penerimaan sahaja diakui sah.
  • Waktu Bayaran : AHAD – RABU : 8.00 pagi – 5.00 petang , KHAMIS : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

Semakan / Pertanyaan Maklumat Cukai Taksiran Melalui Sistem PBTPay

Jika Anda Membayar Cukai Taksiran, Anda Membantu Membiayai

  • Perkhidmatan pembersihan kawasan perumahan / perniagaan, kilang-kilang, taman rekreasi dan tempat awam.
  • Pengutipan sampah domestik di rumah-rumah kediaman, kilang-kilang, dan bangunan-bangunan perniagaan.
  • Membina dan menyelenggarakan kemudahan Awam (Dewan Serbaguna, Tandas Awam, Padang Permainan, Tempat-tempat Rekreasi, Perhentian Bas, Pasar dan sebagainya.)
  • Membina dan menyelenggarakan kemudahan infrastruktur (jalan, parit, longkang, lampu jalan dan lain-lain.)
  • Pembangunan dan pengindahan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman.

Apa Anda Perlu Buat Jika Bil Taksiran Tidak Diterima?

  • Sila datang sendiri ke pejabat MPK untuk mendapat salinan Bil Cukai Taksiran sebelum tempoh pembayaran tamat iaitu sebelum akhir bulan MAC dan akhir bulan SEPTEMBER dengan membawa butir-butir harta anda.
    1. No. akaun
    2. No. lot
    3. No. kad pengenalan

    ATAU

    1. Membawa resit pembayaran Bil Cukai yang lama

Peringatan..!

" Tidak terima bil bukan alasan untuk anda tidak membayar cukai taksiran!!! "

  • Elakkan tunggakan
  • Elakkan tindakan sita
  • Elakkan lelongan
  • Elakkan tindakan undang-undang

" Tunaikan tanggungjawab anda untuk menjelaskan cukai taksiran kepada Majlis Perbandaran Kemaman. " Sebarang masalah sila hubungi :

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN
JALAN AIR PUTIH, 24000 KEMAMAN,
TEL : 09-8597777 / 8597700

ATAU

http://mpk.terengganu.gov.my