MENU
PERUNDANGAN
Q : Iklan yang macam mana yang perlu mendapat lesen terlebih dahulu daripada MPK?

A : Iaitu apa-apa pemberitahuan, permakluman atau penerbitan yang ditunjukkan bagi maksud memberitahu orang ramai akan sesuatu barang, keluaran, tempat atau peristiwa atau apa jua benda yang dipamerkan di atas sesuatu papan tiang,dawai atau lain-lain binaan untuk maksud iklan dan dapat dilihat dari mana-mana jalan atau tempat awam.


Q : Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu papan iklan itu boleh dipasang?

A : Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah :

  1. Mendapat lesen daripada MPK terlebih dahulu.
  2. Papan iklan mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
  3. Iklan yang dipasang mestilah tidak mendatangkan masalah kepada orang awam dan dijamin keselamatannya.
  4. Jika menggunakan perkataan ‘Halal' atau ‘Ditanggung Halal', hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua MPK.

 


Q : Apakah tindakan yang boleh diambil oleh MPK sekiranya syarat di atas gagal dipatuhi?

A : Tindakan yang boleh diambil oleh MPK ialah :

  1. MPK boleh memindahkan papan iklan tersebut dan semua kos yang berkaitan akan ditanggung oleh pihak yang mempamerkan papan iklan.
  2. MPK boleh mengeluarkan tawaran kompaun tidak melebihi RM250.00.
  3. Mengambil tindakan saman kepada sesorang jika disabitkan bersalah melanggar mana-mana peruntukan UUK ini boleh didenda tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun dan jika berterusan bersalah selepas sabitan boleh didenda tidak melebihi RM100.00 sehari.