MENU

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tandas Terbaik Tahun 2026 (TOTYA’26) bagi kategori PBT?

Nantikan pengumuman pemenang pada 20 Oktober 2026 dalam majlis yang bakal dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bertempat di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights.

TOTYA’26 merupakan inisiatif KPKT bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam penyediaan dan pengurusan tandas yang bersih, selesa, berkualiti serta mesra pengguna, sekali gus memperkukuh komitmen PBT dalam meningkatkan mutu kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat.

[Ke Galeri Gambar]