MENU
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berusaha menyahut seruan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan melaksanakan Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2023 bagi mewujudkan tandas awam berstatus Bersih, Menawan, Wangi (BMW) yang dapat membantu membudayakan amalan penjagaan tandas yang betul untuk kegunaan orang ramai dan meningkatkan imej kebersihan tandas awam.
 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong Kempen Kebersihan Tandas Awam ini di Tandas Awam Padang Astaka Chukai sambil melakukan aktiviti bersama keluarga.