13 Oktober 2026 - Yang Berusaha Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah disantuni oleh Yang Berusaha Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Terengganu semasa kunjung hormat ke Jabatan beliau. Turut hadir sesi perkongsian best practices audit ini ialah Yang Mulia Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha, Pengarah Jabatan Perbendaharaan dan Ketua Unit Audit Dalam MPK.
Perbincangan dan perkongsian dua hala ini membuka ruang penambahbaikan dalam usaha MPK memperkasakan fungsi dan peranan Unit Audit Dalam serta memastikan tadbir urus MPK sentiasa berlandaskan integriti.







