6 Julai 2026 | Isnin
Majlis Perbandaran Kemaman telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai MARA Daerah Kemaman sebagai tanda perkenalan di samping mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi.
Kunjungan ini turut menjadi medan perbincangan bagi bertukar pandangan, berkongsi idea serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Pelbagai cadangan turut dibincangkan ke arah memperkukuh semangat perpaduan, memperluas jaringan kolaborasi dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti.







