MENU

24 Jun 2018 : Satu Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu bertempat di Pejabat Daerah Kemaman dan seterusnya melawat Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman untuk mengkaji dan merancang masa depan Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman.Kerajaan Negeri Terengganu akan melaksanakan penambahbaikan TRZK dengan mengambil inisiatif-inisiatif yang memberi keuntungan ekonomi kepada rakyat sekitar amnya.

Lawatan tersebut yang diketuai oleh Yab MB Terengganu Dr Mohd Samsuri bin Mokhtar bersama Exco-exco Negeri Terengganu dan Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Kemaman. Program tersebut diserikan lagi dengan sesi beramah mesra bersama rakyat di jamuan hari raya perdana peringkat Daerah Kemaman 2018.

 

[Ke Galeri Gambar]