10 Julai 2018 : Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kemaman Bagi Tahun 2018-2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Intan, Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Hj Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman,YB Hj Hanafiah bin Mat Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan nasional, YB Ir Saiful Azmi bin Suhaili , Adun Kemasik , Ustaz Hazri bin Jusoh, Penyelaras Dun Kijal.
Angkat sumpah ini diketuai oleh Pentadbir Tanah Kemaman dan disertai oleh Ketua Polis Daerah Kemaman dan Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman. Seramai 19 org ahli majlis yang hadir sama untuk mengangkat sumpah.